Monday 11 February 2019

PANDUAN MELANCONG KE SIEM REAP, KEMBOJA (angkor wat dan kampung phluk rumah terapung)

Sempenan cuti hari raya cina 2019 saya dan isteri melancong ke Siem Reap Kemboja 4-7 Feb 2019.

kami terbang dari airport Narathiwat ke Bangkok, transit beberapa jam sebelum menaiki flight AirAsia ke Siem Reap jam 845mlm. Kami beli tiket airasia guna Asean Pass...sbb lps ni nak fly ke Phuket pula.



Kami tiba di Siem Reap International Airport yg kelihatan masih baru. Oleh kerana hotel yg kami tempah (Villa Sok San) menyediakan pengangkutan TukTuk percuma utk ke hotel. Mr Sorn menyambut kami dan membawa kami ke TukTuk. TukTuk di sana lain sikit, iaitu spt cart yg ditarik dgn motorsikal kapcai....so bayangkan lah speed perlahan je

Ini kali pertama saya menjejaki kaki ke bumi Kemboja yg byk sejarah perang komunis PolPot. So trip kami ni lebih kepada bajet traveller dan mempelajari sejarah dan kami plan nak kayuh basikal shj jika sesuai.

sampai hotel di Jalan Sok San dah lewat malam, semua mudah. Hotel Villa Sok San hanya RM100 (tanpa sarapan pagi). terletak dekat tgh bandar Siem Reap dekat shj tempat tumpuan pelancong di Pub Street dan Old Market. Sesampai je hotel, kami cek in dah keluar ke sekitar Pub Street, ramai pelancong di sini.

 kami sewa basikal ni , usd3 each per day, deposit usd50 per bike! so kami sewa sehari je. ambil 9pg then return sebelah malam. byk kedai provide sewa basikal dan juga motorsikal. kalau MTB bike usd5 per bike per day. locked diberi . no helmet.
di jln sok san tempat hotel kami, jln ni penuh pelancong...terus ke depan sikit dlm 400 meter masuk kiri ke jalan masjid dan beberapa restoran halal (saya akan post pasal restoran halal di siem reap)

ini lah TukTuk di Siem Reap ni. Ada juga yg guna motor kuasa besar sikit tapi rata2nya bersih dan cantik dan tak laju sgt.

terdapat beberapa Bank dari Malaysia spt Public Bank, RHB dan Maybank. Jika nak guna ATM bank2 tersebut kena activate kad atm utk global use.

kami kayuh basikal dari pekan Siem Reap, dengan menggunakan Google Map (free wifi di hotel) utk ke Angkor Wat. jarak dlm 6km. jalan agak sibuk juga waktu puncak. kena hati2 ketika kayuh, tapi sini kenderaan tidak laju mcm di KL...masih menghormati pejalan kaki/pengayuh basikal.

kami mula mengayuh selepas sarapan pagi di halal restoran menuju ke arah angkor wat, melalui beberapa jalan seperti ini, cuaca agak panas kering.

kami hanya ingin lihat angkor wat dari luar shj sebab jika nak masuk ke dalam kena bayar tiket USD37 per person (single entry). check point utk beli tiket tu lebih kurang 2km sblm pintu angkor wat, mmg bas pelancong akan masuk ke cek point ini. Sbnrnya Angkor wat ni membawa punca pendapatan kpd Kemboja.

setiba di cek point, kami di tahan oleh pekerja pelancong yg suruh kami beli tiket, kami cakap kami tak nak masuk ke dalam angkor wat. kami hanya nak ke war museum yg ada bersebelahan cek point tu.

ni jln ke war musuem (ni museum yg kecil shj dibina oleh ex-war soldiers) masuk kena bayar usd5 per person. tu guide yg bawa kami ke muka pintu musuem...fuhh jln masih tanah merah lg.
pintu masuk war museum



tiada guide yg bg briefing utk kami berdua so kami jln2 dan tgk sendiri , byk pameran jerangkap samar, artileri, senapang dll

boleh la appreciate apa yg terjadi dulu ketika perang

oleh kerana tiada guide kami terus keluar dan kayuh ke arah angkor wat, walaupun 'dipaksa' beli. nasib baik sewaktu kami keluar drp museum dan melalui jln utama, tiada tourist guide yg tahan kami,. sebenarnya tiada tiket dikenakan utk hanya pergi depan angkor wat. nak masuk dlm je kena ada tiket


 sebahgian senapang yg digunakan ketika perang dgn pol pot, AK47 & Mesin Gun popular dan masih digunakan sehingga kini
 jalan menuju ke angkor wat, pelajar sini ramai kayuh basikal ke sekolah, best kan!
 mercu tanda di agak jauh lg drp pintu angkor wat lebih kurang 2km lg, kayuh depan sikit ada simpang round about yg kecil, ambik kiri, situ dah nampak angkor wat (tepi) dan saliran airnya.
 pemandangan dari luar angkor wat, kelihatan ramai pelawat/pelancong masuk ke dlm
 tu dia ramai....panas mengelit ngelit
 taknampak belah dlm, drp luar pun jadi lah....lg pun ni wat..tempat solat agama buddha
 ada pokok besar tempat berteduh
depan pintu masuk ada byk gerai boleh la minum air sejuk utk cool down drp cuaca yg hangat terik. kami minum air coca cola ais USD1 per can.

kami kayuh pulang ke bandar siem reap dan back to hotel di jln sok san ambil masa lebih kurang 40minit. fuhh panas berpeluh la badan.

petang rehat dan makan di restoran halal.

nanti sambung cerita esok nak gi melawat ke kampung terapung di tasik tonle sap, kampung phluk namanya, memang mereka panggil "kampong". saya kagum dgn melayu yg telah lama bertapak di sini (betul ke?)

1 comment:

  1. Salam pelancongan semua,kami Company NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Siem Reap.Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
    Makanan yang dihidangkan juga enak.
    Sekiranya berminat, mahu ke Siem Reap. Hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.Terima kasih kepada tuan blog
    Facebook: melancong murah baloi
    Ig: melancong_murah_baloi

    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi  

    ReplyDelete