Monday 11 February 2019

Gunung Stong, Gunung Ayam dan Gunung Baha (Asalnya nak buat Baha-Ayam-Stong)


18hb Januari 2019 Jumaat


Trip kali ini saya join dgn grup Newborn Outdoor yg dikendalikan bro Nas (Nasri) dari KB
Saya menaiki keretapi KTM di Stesen Tanah Merah jam 519 pagi. Ada ahli team yg naik dari Tumpat dan juga di Wakaf Bharu

Perjalanan agak laju hari ini dan kami tiba di Dabong lebih awal, jam 7.15am.

Kami bersarapan di gerai berhampiran dengan stesen KTM Dabong

Lebih kurang jam 8pagi kami menaiki van ke kaki gunung stong iaitu Gunung Stong Resort.

Bayaran dikenakan RM3.00 seorang untuk masuk menaiki gunung stong melalui laluan resort ini. Ada toilet, bilik mandi, surau, kedai runcit (utk beli apa2 keperluan bekalan sebelum panjat naik). Ada juga restoran tetapi hari ini tutup.
Utk parking kereta dikenakan charge rm5 sehari. Ada cctv di pintu masuk resort ini. sebelum ni takde (tahun lepas saya dtg bulan April 2017)

Kami bersiap re-pack and pack barang2 sambil tunggu beberapa ahli grup yg dtg dengan kereta.

Total Pax 16 orang. guide kami harini ialah Amorei (Morey) nama gelarannya. Nama sebenar aku tak berapa nak tangkap hehe.


lebih kurang jam 10am kami siap utk angkat sauh dan bergambar grup kemudian naik melalui air terjun jelawang. cuaca indah hari ni tak berapa panas tak hujan walaupun beberapa hari sebelum itu ada turun hujan.

Hanya grup kami yang mula mendaki, dan ada lagi satu grup tiba sewaktu kami nak mula nak mendaki.

Pintu masuk ke hutan dah ada pagar dan ada CCTV.

Selepas 30minit kami tiba di Air Terjun Jelawang yang sgt indah, di sini kena cross air melalui batu sungai, kaki kena basah. Jika air deras, tak boleh lalu ikut sini, kena lalu ikut laluan jejantas gantung di resort.

biasanya grup akan singgah sebentar di sini dan ambil foto. air terjun jelawang ini memang tinggi dan antara mercu tanda yg boleh dilihat jauh dari pekan Dabong.

kami meneruskan hiking ke kem baha, mula mencanak dan menguji ketahanan.

selepas beberapa minit (lebih kurang 40 minit, tak berapa ingat) kami sampai di tempat rata (di sini sebenarnya simpang utk turun ke bawah melalui jambatan gantung)

setelah semua ahli grup tiba, kami meneruskan perjalanan ke kem baha

kami tiba di kem baha agak awal, mengambil masa lebih kurang 2jam. takde grup lain di kem baha. jadi kami ada banyak pilihan untuk pilih tempat berkemah dan pasang dapur.

setelah makanan masak, kami semua makan dan rehat. lebih kurang jam 530 petang hujan lebat turun. fuh nasib baik saya dah pasang fly dan hammock. yg lain semua tidur di bawah fly, terpaksa pergi berteduh di kemah guide.

alhamdulillah hujan stop lebih kurang jam 630ptg dan tiada fenomena kepala air.

hati hati jika hujan lebat, memang ada kepala air dan arus deras melitasi sungai di kem baha ini.

kem Baha ni terbahagi kepada dua bahagian, dipisahkan oleh sungai.
sebelah atas kem baha ini ada air terjun kecil dan disitu juga ada kolam 7 puteri. Ada satu kolam dekat air terjun tu ada satu kolam yg dalam lebih kurang 7 kaki. just nice utk selam. tapi trip ini kami tak dapat masuk ke kolam tu sebab air terjun agak deras dan banyak.

dari kem baha ke kolam 7 puteri tu hanya trekking naik 5minit sahaja. boleh pakai selipar dan bawa baju mandi. cuma hati hati jalan atas batu sebab licin, ada kawan terjatuh gedebuk benjol kepala.

so malam pertama di kem baha ni kami tidur lebih awal dan bersiap siaga utk trekkig esok


19 Januari 2019 Sabtu

Plan asal grup ini ialah utk buat BAS-Baha-Ayam dan Stong. Mendaki gunung Baha, kemudian Ayam dan akhirnya Stong.

kami semua bangun seawal jam 5pagi, utk memasak dan siapkan breakfast dan ration utk tapau - semasa trekking hari ini (lunch pack nasi goreng dan roti sardin)

jam 7am kami menunggu di waterfall utk lihat sunrise tetapi tiada awan karpet sangat hari ni. hujan renyai sedikit.

jam 8pagi semua bersiap di hadapan kedai 7E (entrance kem baha). selepas briefing dan bergambar kami mula mendaki jam 825pagi.

selepas 30minit kami tiba di sungai rantai, kat sini kena cross sungai dgn pegang tali yg telah dipasang. sg rantai ini junction yg amat penting sebab jika air pasang memang tak boleh lalu.

next rnr kami rehat di kawasan rata, katanya kem balak. (maybe dulu2 tempat kumpul balak di situ.

selepas turun ke bawah sikit, saya dan 4 orang yg dibelakang terpisah drp grup depan yg didahului oleh guide Amorei. Amorei kata suruh jumpa di Sungai Baha,

rupa2nya selepas beberapa ketika kami berasa pelik sebab tak jumpa kesan kaki mereka yg dihadapan. selepas 30minit dan tiba di gua kelembai (waterpoint) baru kami perasan bahawa kami sudah terpisah dgn grup depan.

sebenarnya selepas turun drp rnr balak tadi, ada satu simpang sungai yg memisahkan dua jalan,satu ke gunung stong dan satu lagi ke sungai baha (jalan ke gunung baha).

oleh kerana kami dah jauh mendaki ke atas, gogo kami BroNas (BeNas) suruh kami teruskan perjalanan. selepas batu kelembai kami terus daki lagi hingga ke persimpangan bonsai. di sini cuaca semakin sejuk. di trek takde jejak kaki grup sebelum kami. banyak ranting dan daun2 hijau luruh jatuh atas trek. mungkin ribut dan hujan sehari sebelum.

kami tiba di puncak gunung stong jam 1230tgh (mengambil masa 4jam). tiada grup lain tiba di situ. so kami bergambar dan makan minum. 2 ekor tupai jinak muncul sebaik kami tiba.

cuaca indah, diselangi oleh rintis embun awan nano. kadang2 nampak puncak Ayam dan lain2 puncak yg saya tak tahu nama.

selang sejam kami dengar seakan suara orang memanggil2. selepas 30minit rupanya si hafiz muncul. dia ahli grup kami yg diarah tuju ke depan jejak kami. Alhamdulillah jam 2ptg semua ahli grup tiba di puncak stong, oleh kerana ada yg dah kepenatan dan lapar, kami terlupa nak ambik grup foto.

setelah rehat dan makan secukupnya, ketua grup dan guide buat keputusan utk teruskan misi menawan 3 puncak. sekarang dah jadi SAB- Stong+Ayam+Baha.

sebenarnya yg trek hardcore ialah drp kem baha ke puncak stong. jika dah tiba di stong dan terus ke puncak gunung ayam itu lebih mudah dan senang.

ya drp puncak stong, kami menurun gunung dan tiba di persimpangan Baha&Ayam, terserempak dengan grup lagi satu (mereka buat BAS). Kami tiba di Puncak Gunung Ayam lebih kurang jam 420ptg. Solat dan minum dan ambil gambar. cuaca indah, kdg2 hujan rintis ketika di trek.

ketika menaiki gng ayam kami lihat ada tahi gajah (elephant dunk) dan kesan trek gajah. menurut guide Amorei gajah2 ini dah dtg situ beberapa hari sebelum dan mereka berkumpulan makan rumput yg dinamakan rumput gajah. gajah2 ini biasa nya ke gunung baha juga, dan mereka mungkin travel sehingga ke grik , banjaran titiwangsa.

sekitar jam 5ptg kami turun dan teruskan ke puncak gunung baha, dekat shj treknya tak mencanak cuma lalui pokok2 bonsai dan rumput2 gajah.

jam 6ptg kami tiba di puncak Baha. Alhamdulillah misi 3 puncak tercapai jua walaupun hadapi cabaran terpisah dengan grup. kini dah jadi SAB.

lebih kurang jam 630ptg kami mula berjalan turun ke sungai baha dan terus ke sg rantai dan kem baha

jam 715ptg suasana dah gelap dan kami agak tersasar sedikit ketika tiba di kawasan tanah runtuh, Alhamdulillah jumpa trek semula dan di situ boleh nampak kg kemubu di dabong dan nampak sungai dabong.

lebih kurang jam 740 hujan mulai turun, kami risau jika hujan lebat berterusan nanti air sungai baha dan air sungai rantai akan deras dan meningkat.

perjalanan turun dalam gelap dan hujan sebenarnya lagi sukar berbanding mendaki tadi ketika menaiki gng stong. perjalann agak perlahan dan ada yg sudah kelaparan. kami tiba di sg baha lebih kurang jam 840mlm. alhamdulillah air sungai normal shj dan kami boleh melintas.

jam 930 kami tiba di sungai rantai dan boleh melintas, semua dah kepenatan dan teruskan perjalanan.

Alhamdulillah kami tiba di kem baha jam 1030 safe and sound, too hungry and once dah tiba semua kepenatan tu hampir hilang,

di kem baha , lebih ramai campers drp sebelum ini.

apalagi menu kami ialah air kopi panas dan maggi me sup panas.


20 Januari 2019 Ahad
Seawal jam 630 pagi sudah bangun solat subuh dan tunggu sun rise
cuaca indah, boleh tgk sunrise
kami mandi manda di kolam 7 puteri dan di air terjum dkt kem baha

jam 1230tgh kami mula turun ke resort sebab nak kena naik tren KTM di pekan dabong jam 3 ptg tren ke arah tumpat.




No comments:

Post a Comment