Wednesday 4 April 2018

GUNUNG STONG, DABONG KELANTAN


GUNUNG STONG TRIP by Fjal Raven / Syahill Mahligai (Fb)
30 mac to 1st April 2018


DAY 1 30 April 2018 JUMAAT
830am Participants arrived at Gunung Stong Resort (2 buses from KL) – 77 peserta, 5 guide , gogo dan team kantin.                                                                                                                                                                         
Packing and Bahagi rations utk dibawa ke Kem Baha.
1030am start trekking via Jelawang waterfall
Trek mencanak ke Kem Baha mengambil masa selama 3 jam hingga 4 jam.
130pm sudah sampai ke Kem Baha, nice view over Dabong dan kem site Baha yg luas dan dibelah oleh sungai air terjun. Kami bercamping di seberang sungai
Malam pertama ini jamuan nasi beriani Kambing perrrgh sedap
800 mlm hujan lebat mulai turun. Air Kepala Air agak deras dan nasib baik hujan berhenti selepas 1 jam.
Tidur agak sejuk malam pertama di Kem Baha

DAY 2 31 APRIL 2018 SABTU
830 am mulai berkumpul di kem site Baha
930am  start trekking drp pintu Kem Baha, kata guide Bukit yg dipanjat pada permulaan dipanggil Bukit “good morning” sebab mencanak je sampai ke Check Point pertama. Semua ada 6 check point (termasuk Puncak Stong) CP1- Sg Rantai (kena cross sungai, ada tali) CP2-Kem Balak CP3-Gua Bogo Last Water Point –airnya sejuk dan ada gua tempat berteduh. CP4-Sang Kelembai (Batu Besar) ada puncai air tapi jauh ke bawah CP5 Permatang Bonsai 30min ke puncak, cuaca makin sejuk terasa di sini dan akhirnya Puncak Gunung Stong
Perjalanan ke puncak mengambil masa selama hampir 4 jam. Semua pendaki tiba di puncak by 2pm.
Awan tebal meliputi sekeliling puncak, sekali sekala awan buka dan boleh lihat puncak Gunung Ayam.
Guide ada jumpa seekor Kala Jengking (scorpion) hitam yg jinak. Ia tidak menyengat. Tupai yg berbulu tebal dan gebu juga muncul utk dptkan makanan dari pendaki2.
Selepas puas bergambar dan rehat makan tengahari (lunch pack dibekalkan).
Jam 3 ptg semua start turun kembali, biasalah turun ni agak lebih cepat tapi agak bahaya jika tidak berhati-hati boleh tergelincir. Lutut pun boleh sakit.
Jam 520ptg saya tiba di Kem Baha , cuaca elok Alhamdulillah. Sempat la mandi sebelum matahari terbenam.

DAY 3   1 APRIL 2018 AHAD
Hari ini hari santai, mandi dan sliding di air terjun di sekitar kem Baha.
Ada 2 air terjun berdekatan Kem Baha, satu yg paling dekat di situ boleh sliding dgn pantauan para guide. Ada lagi satu air terjun di atas, kena hike dlm 5minit tak sampai. Kat atas sikit  dari Kem Baha. Di sana ada 7 kolam ‘puteri’ dan satu lagi kolam sedalam lebih 5 kaki berdekatan air-terjun.
Anda boleh mandi manda di sini. Cuma berhati-hati, batu yg basah agak licin, ada peserta yg terjatuh ketika seronok mandi manda. Nasib baik kepala yg terhantuk hanya benjol sedikit.
Sepanjang pagi kami semua bermandi manda dan ada yg main sliding , seronok betul semua gembira tak terkira.
Lebih kurang jam 3 ptg semua bersedia utk turun ke kaki gunung – Stong Resort. Perjalanan lebih cepat, lebih kurang 40minit sahaja. Laluan lebih pendek sebab lalu ikut jejantas, tak lalu ikut waterfall jelawang.
By 5pm ramai dah tiba, hari masih panas dan ramai pergi mandi di tepi resort ada air sungai jelawang utk menyejukkan diri dan membersihkan diri sebelum memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
One memorable Stong trip organized by Fjall Raven Malaysia & Syahill Mahligai (fb). Line up yg cukup ramai 77 orang, guides dan crew members yg awesome. Saya memasang azam utk kembali ke Stong tetapi utk misi 3 puncak – Stong + Ayam + Baha, inshaAllah.
Embun Traveller
4April2018

No comments:

Post a Comment