Wednesday 7 March 2018

Gua Kambing Kok Lanas Kota Bharu Kelantan



baru baru ini saya bersama kawan-kawan saya ke Gua Kambing, lokasinya di Kok Lanas.

Masuk ikut depan Kubur Bukit Cina dekat Kem Desa Pahlawan Kok Lanas
Pintu masuk ke hutan

Ini pintu masuk ke Hutan 

Ini kat sebuah simpang di anak sungai, ada dua trek: trek A dan Trek B, kami ikut Trek B sebab utk challenge sikit. Trek A pun boleh juga tapi lebih simple. Ada juga tanda arah ke Lubuk Lesung (tempat kolam air) tapi saya tak tahu. 

Anda akan melalui perumahan dan akhirnya jalan tak bertar...sampai jumpa sebuah rumah Banglo besar di sebelah kanan, anda terus dan jumpa simpang, ambil kanan. kemudian terus ikut jalan anda akan jumpa ladang sawit, korner ke kiri (ikut jalan) kemudian ada simpang ke kanan melalui ladang kelapa sawit. terus sampai ke hujung, jumpa parking utk kereta.

di hari hujung Minggu spt hari Jumaat (Kelantan cuti hari Jumaat) ramai yg pergi especially uncle2 cina.

dari parkir tu anda kena lalui kebun getah dan selepas itu belok ke kiri ke kawasan lapang-jumpa kolam dan akhirnya jumpa muka pintu hutan. Ada tangga utk naik ke atas, ada tali juga.

My advice - pada hari hujan jalan agak becak-berselut. Pakai kasut yg sesuai. Hati-hati kdg2 jalan licin ketika naik dan turun. Ada banyak pacat di trek B...pakai seluar tight fit dan full stocking.

Beberapa batu besar sebelum ke Gua Kambing, dah dekat dah ni.
ada tanda Check Point, semuanya 4

checkpoint 2 
Tangga yg dah rosak di pintu masuk ke hutan

checkpoint 3
last checkpoint sebelum jumpa Gua Kambing

Inilah Gua Kambing, yg biru tu adalah toilet utk wanita...tapi takde air..pandai2 lah ye..:) 

unique sharp stone above your head. it is look like hanging

Ini lah Gua Kambing, mungkin dulu2 kambing suka lepak sini sebab teduh dari hujan dan panas. siap ada meja dan kerusi

view drp atas, nampak yg putih tu adalah kem desa pahlawn , yg belah kiri jauh nun tu kelihatan Bukit Panau di Tanah Merah

Memang best juga lah Hiking ke Gua Kambing ni. utk beginner, Trek B ambik masa dalam 90minit, kalau fit lagi lajulah. Turun ikut Trek A lebih laju.
Kurangnya tanda arah, so anda perlu ikut dgn sesiapa yg dah biasa ke sana

Pada hari Jumaat ramai yg hike.

nenek saya memang asal di Kok Lanas depan sekolah rendah kok lanas, sewaktu kecil saya tak pernah tahu tempat ini,
dipercayai para pembalak dah lama meneroka kawasan ini. Buktinya di gambar di bawah ini.



BALAK YG DAH LAMA DITEBANG

KAYU YG DAH DIPOTONG...

2 comments: